SUKAN TAHUNAN KE 47

Pada 1 April 2010, SMKTPM melaksanakan sukan tahunan ke 47 dengan meriah. Sukan kali ini di juarai oleh Tun Fatimah(Biru), di ikuti Dang Anum(Merah), Tun Kudu(Biru), Tun Teja(Kuning). Piala olaragawati sekolah dijulang oleh Nor Izzati Shahirah Ibrahim dari rumah Tun Fatimah. Beliau memecahkan rekod acara lompat jauh senior.

Perkhemahan Ko-Kurikulum 2010


Perkhemahan kokurikulum pada tahun 2010 melibatkan 8 unit beruniform yang terdiri dari 56 orang pelajar tingkatan 1 dan 2. Perkhemahan ini dilaksanakan selama 3 hari dan 2 mlm bermula dari 12 April -14 April 2010. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perkongsian ilmu berkawad, pertolongan cemas, seni mempertahankan diri, fire drill dan kemahiran hidup. Pelajar juga melaksanakan aktiviti blind trail dan treasure hunt.