SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Thursday, May 13, 2010

Pertandingan Bola Jaring



Pertandingan Bola Jaring antara Tingkatan dilaksanakan dari 26 April hingga 11 Mei 2010. Setiap kelas menghantar 2 pasukan untuk bertanding. Pertandingan dijalankan secara liga antara kelas kawalan dan rancangan khas. Pasukan yang mendapat mata tertinggi telah dinobatkan sebagai juara kumpulan A atau B tingkatan masing-masing. Penentuan juara antara juara menengah atas dan menengah rendah ditentukan dalam satu lagi liga antara juara-juara. Keputusannya kelas 4TV3 telah menjadi juara bagi kategori menengah atas. Tempat kedua kelas 5TV2 dan ketiga 4TV2. Bagi kategori menengah rendah juaranya ialah 3RK3, tempat kedua 2RK3(A) dan tempat ketiga 1K2. Pertandingan ini adalah anjuran Rancangan Pembangunan Kecemerlangan Kluster (Bola Jaring).

Monday, May 10, 2010

Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM 2009 berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat 7 Mei 2010. Mesyuarat kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Walaupun keadaan cuaca panas dan keadaan dewan yang kurang selesa tetapi ramai ibu bapa yang hadir untuk mengetahui perancangan sekolah untuk meneruskan kecemerlangan.