SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Thursday, August 12, 2010

Manga Workshop

Ogos 2010 (Selasa) - Kelab Bahasa Jepun dibawah bimbingan Pn. Lim Kim Eng dan Cik Kitade Rea dengan Kerjasama Kedutaan Jepun telah mengadakan Manga Workshop ( Bengkel Kartun Komik Jepun) .
Bengkel tersebut dikendalikan oleh Mr. Shuji IWAMI, seorang kartunis terkenal Jepun jang juga merupakan pensyarah Osaka University of Arts. Seramai 70 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai bengkel tersebut. Semua yang hadir pada hari itu telah mempelajari kemahiran asas melukis MANGA. Dan semua peserta berpuashati dengan tunjuk ajar yang diberikan.
Baengkel ini juga telah dihadiri oleh Cik Ryono Henna Setiausaha Kedua Perkhidmatan Maklumat Jepun dari Kedutaan Jepun. Juga tiga wakil orang dari Japan Foundation Program. Tidak ketinggalan juga Pn. Pengetua, GPK Koku, GKMP dan Pelatih UITM.
Bengkel juga diserikan dengan tarian Shorun Bushi oleh ahli kelab.


Monday, August 9, 2010

Pelantikan Pengawas Sekolah




Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2010/2011 dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran Tuan Pengarah Pelajaran Melaka, Tuan Haji Isa Haji Abu mewakili Yang Berhormat Datuk Othman Muhamad. Seramai 48 orang pengawas menerima sijil pelantikan pada hari tersebut. Barisan Exco Tertinggi diketuai oleh saudari Siti Suhaini selaku Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas terdiri daripada saudari Nurul Fatin Fatiha Mohd Nizi dan saudari Suraya Haji Salleh. Harapan pihak sekolah agar barisan kepimpinan pengawas sesi 2010/2011 akan menampilkan kepimpinan yang berkesan dan berkaliber demi memantapkan disiplin sekolah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ibu bapa para pengawas yang dilantik. Tahniah kepada semua pengawas!


LADAP




7 Ogos 2010 (Sabtu)

Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan di Bilik Tayang SMK TPM. Dengan semua guru berpakaian baju-t 50 tahun SMK TPM telah menampakkan keseragaman dan semangat guru hadir ke sekolah walaupun ini adalah Sabtu ke tiga berturut guru-guru hadir ke sekolah.

Latihan kali ini terbahagi kepada 3 bahagian :
a) Penggunaan Astro dalam P & P disampaikan oleh Pn. Norfadzilaj Mohd Hassan (Guru PSS)

b) Penggunaan alatan multimedia dan Eduweb TV sebagai bahan P& P disampaikan oleh Pn. Aslina Mohd Tan (Guru Media )
Semua guru begitu teruja dan kagum dengan apa yang didapati dan dapat digunakan dalam P & P.

c) Bengkel Penghayatan Kemerdekaan dilaksanakan secara praktikal dengan guru dan pelajar bergotong royong membersih dan menceriakan kawasan sekolah dengan bendera serta maklumat kemerdekaan.

Syabas kepada Semua.
Add Image

Gotong Royong Perdana Sempena Melaka Maju 2010







Sabtu ( 7 Ogos 2010) - Program Gotong Royong Perdana sempena Melaka Maju 2010 atas arahan Ketua Menteri Melaka telah dilaksanakan dengan jayanya. Guru-guru dan pelajar bekerjasama membersih dan menceriakan kawasan sekolah dengan bertemakan penghayatan kemerdekaan.

Antara objektifnya ialah menanamkan semangat kerjasama berpasukan dalam melaksanakan sesuatu tugasan, melahirkan masyarakat prihatin khasnya dalam kalangan warga sekolah, memupuk semangat sayangkan sekolah serta mewujudkan persekitaran bersih, ceria dan kondusif.
Persekitaran sekolah dihias dengan jalur gemilang dan slogan kemerdekaan serta 1 Malaysia yang bertujuan menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan warga sekolah.