SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Wednesday, August 25, 2010

Program Infaq Ramadan





Sempena bulan Ramadan Al- Mubarak, sekali lagi Majlis Permuafakatan Islam, SMK Tinggi Perempuan Melaka melancarkan Program Infaq Ramadan. Program yang berobjektifkan memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim serta pelajar kurang berkemampuan sama ada yang beragama Islam atau pun tidak sempena bulan yang mulia ini. Sehubungan dengan itu, semua pihak terdiri daripada barisan pentadbir, guru-guru, kaki tangan sokongan dan pelajar-pelajar di sekolah ini digalakkan menyumbang dalam bentuk wang tunai untuk diagihkan kepada pelajar yang layak menerima bantuan tersebut. Kutipan sumbangan telah dimulakan mulai 19 Ogos 2010 sehingga 02 September 2010.
Semua pihak dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan untuk menambah jumlah kutipan sumbangan tersebut. Bantuan boleh disampaikan dalam bentuk tunai kepada pihak pentadbiran SMK Tinggi Perempuan Melaka ataupun dalam bentuk cek yang dialamatkan kepada PIBG SMK Tinggi Perempuan Melaka. Majlis penyampaian sumbangan akan diadakan pada 03 September 2010 (Jumaat). Semoga sumbangan ini akan dapat meringankan beban kepada golongan yang memerlukan.