Majlis Pelancaran Program NILAM (NAdi Ilmu Amalan Membaca) telah diadakan pada 21 Februari 2011 (Isnin). Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 8.40 pagi.
Objektif majlis ini diadakan ialah:
- meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan murid selaras dengan slogan " Budaya Membaca, Budaya SMK Tinggi Perempuan Melaka "
- melahirkan lebih ramai yang berjaya mencapai tahap NILAM dan menjadi RAKAN PEMBACA.
- mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
- menampilkan murid yang menampilkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.
- mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang bersesuaian untuk pembacaan di kawasan sekolah iaitu perpustakaan di mana-mana.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, Datin Hjh. Norliah bt Adam. Majlis turut memberikan hadiah dan sijil kepada Erma Adila bt Ismail selaku pembaca terbanyak tahun 2010. Kemudian, majlis diserikan dengan persembahan daripada dua orang Pengawas Pusat Sumber Sumber Sekolah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.