Pertandingan Esei oleh China Press

Satu Pertandingan Menulis Esei diadakan oleh suratkhabar China Press dan seorang pelajar SMKTPM Lee Sock Yin (5ST1) telah memenangi hadiah saguhati bernilai RM 100. Esei beliau bertajuk 'Surat untuk nenek yang sakit' telah disiarkan pada 8 Ogos 2012 di dalam suratkhabar China Press.

Selamat Hari Raya

Kad ucapan hasil karya Intan Nurhanis Zainal 1RK3

Program Infaq Ramadan 2012

15 Ogos 2012 - Program Infaq Ramadan, program ini bertujuan memupuk sifat prihatin dan peka terhadap golongan yang kurang berkemampuan, menggalakkan amalan sunat seperti menghulurkan bantuan, menghayati isi kandungan Al-Quran dan mengeratkan silaturahim. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran. Seterusnya Ceramah oleh Imam Mohamed Sharif Mohamed Imrani (Imam dari Makkah), Ucapan Aluan Pengetua , Ucapan Perasmian oleh En Amzah Osman (YDP PIBG SMKTPM) dan diakhiri dengan Penyampaian Infaq.

Imam Mohamed Sharif menekankan pentingnya menjaga ibu-bapa. Ibu adalah syurga  dan ayah adalah pintu syurga. Kejayaan kita didunia adalah dengan berkat doa dan keredhaan kedua ibu-bapa kita.

Majlis Permuafakatan Islam SMKTPM penganjur program ini mengucapkan terimakasih atas sumbanngan derma yang telah diberikan dan kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan program ini.


Markah Percubaan PMR

Guru-guru boleh memasukkan markah percubaan PMR di laman sesawang http://saps.moe.gov.my dari 1/8/2012 hingga 30/8/2012

Infaq Ramadhan

Infaq Ramadhan akan diadakan pada 15 Ogos 2012 di Dataran Ilmu. Sesiapa yang berminat boleh membuat sumbangan melalui Pejabat SMKTPM.

Percubaan PMR

Selamat menduduki percubaan PMR bagi semua pelajar tingkatan 3.


Pelancaran Bulan Kemerdekaan

1 Ogos 2012 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan diadakan di Dataran Ilmu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Hidayat, ucapan perasmian oleh Pn Pengetua, Puan Sri Hajah Norliah Adam, diikuti dengan nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan koir sekolah dan gimik pelancaran oleh barisan pentadbir.