Pertandingan Abstrak

Pada 15 Jun 2013 telah diadakan Pertandingan Lukisan Abstrak anjuran Unit Kluster Seni SMK Tinggi Perempuan Melaka. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar-pelajar dari sekitar Melaka. Seramai 7 sekolah telah menghantar wakil untuk pertandingan tersebut.

Mesyuarat Agung Koperasi

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Tinggi Perempuan Melaka 2013 telah diadakan pada 14 Jun 2013. Mesyuarat Agung Koperasi telah diadakan setiap tahun bagi mengagihkan keuntungan tahunan dan membincangkan perancangan perbelanjaan dan AJK yang terlibat bagi tahun berikutnya. Tahnaih diucapkan atas keuntungan yang menggalakkan.


Inovasi Yo

Pada 13 Jun 2013 telah diadakan Program Inovasi Yo, suatu program anjuran MOSTI, KPM, GARANG dan beberapa angensi swasta yang lain. Ia menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan menggalakkan berinovasi. Inovasi adalah menjadikan bahan yang sedia ada lebih baik dan mempunyai lebih kegunaan.
             Antara idea pelajar yang akan dibawa keperingkat pertandingan ialah selipar tandas yang berfungsi sebagai alas kaki di tandas, berus, mempunyai sistem simpanan cecair pencuci. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat secara aktif dan proaktif.


Israk dan Mikraj

Ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada 17 Jun 2013 bagi mengingkatkan semua akan peristiwa penting dalam kalender Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Penceramah kali ini ialah Ustaz Mohd Najib bin Khamis,  Pensyarah di MMU. Antara intipati ceramah beliau ialah 6 perkara perlu ada pada seseorang yang mencari ilmu 1. Cerdik (mencari peluang belajar), 2. Kesungguhan, 3. Kemahuan, 4. Usaha untuk mencari ilmu, 5. Berbaik dengan guru atau orang yang cerdik pandai 6. Masa.