Guru Penyayang

Majlis Pelancaran Guru Penyayang telah diadakan pada 6 Januari 2014 (Isnin). Majlis dirasmikan oleh Pn Sri Hjh Norliah Adam. Antara objektif pelancaran ini ialah menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah. Kemuncak majlis pelancaran ialah sesi memotong kek sebagai simbolik penyambut hari lahir guru-guru dan pelajar SMKTPM. Antara program yang akan dijalankan bagi Program Guru Penyayang ialah Syoknya ke Sekolah, Lawatan Rumah Pelajar dan mentor-mentee.