Tutotial Poster Colour
Solat Hajat Ting 3, 5 dan 6
Pada pagi 27 Ramadhan telah di adakan Solat Hajat di Surau An-Najah, SMKTPM. Solat diimamkan oleh Imam Sharif, Imam Mekah.
Pertandingan Bunga Telur
Pada 13 Julai 2015- Pelajar Asrama telah menyiapkan bunga telur untuk Majlis Khatam Al-Quran pada malamnya. Hasil mereka telah diadili dan pemenangnya ialah A2. B2 tempat kedua dan F1 tempat ketiga.
Majlis Perpisahan
Tahniah diucapkan kepada Pn Rubaiyah Abu Nawas mantap GPK 1 SMKTPM, atas lantikan sebagai Pengetua SMK Paya Rumput . Tahniah kepada Pn Rahayu Zueleifai atas perpindahan ke SM Perempuan Methodist, Selamat bertugas di tempat baru.
Tahniah... Pancaragam
Tahniah diucapkan kepada ahli pancaragam kerana berjaya mendapat tempat kedua di Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Peringkat Negeri. Pertandingan berlangsung di MITC Melaka pada 2 April 2015.
Program Infaq Ramadhan dan Solat Hajat Ting 3, 5 dan 6
14 Julai 2015, Program ini di sempurnakan oleh Imam Sharif, Imam Masjid Ibbad , Mekkah. Beliau. memberi tazkirah mengenai kebesaran membuat amalam solat sunat dan membaca al-quran di malam lailatul qadar.