PENGENALAN SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murid-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Malaysia berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah. Sekolah Tinggi Perempuan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu iaitu Encik Abdul Rahman bin Hj. Talib pada tahun 16 November 1962. Terdapat 11 bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dewan sekolah, sebuah pusat sumber galeri seni dan galeri warisan. Aliran sains bermula dari awal tahun 70-an dan kini meningkat kepada 6 buah kelas. Jumlah kelas telah bertambah daripada 12 buah (1961) menjadi 39 buah yang terdiri Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas (Januari 2007).
Aliran sastera pula telah diadakan lebih awal iaitu pada tahun 1959 (sejak di SMK Gajah Berang). Bilangan guru pada awalnya hanya seramai 29 orang dan bilangan pekerja hanya seramai 5 orang. Dahulu, sekolah ini dikenali sebagai Malacca Girls High School (MGHS) bersesuaian dengan penubuhanya yang dikhaskan kepada murid perempuan sahaja dari dahulu sehingga kini. bilangan murid daripada 414 orang (1961) kepada 1031 orang (Jun 2017). Manakala bilangan guru pula daripada 37 orang (1973) menjadi 90 orang (Jun 2017) dengan bilangan staf sokongan ialah seramai 20 orang serta penghuni asrama seramai 300 orang.
Pada tahun 2007, sekolah ini telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang dan seterusnya pada  tahun 2008, SMKTPM berdiri gah sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Gred A di daerah Melaka Tengah, Melaka. Mata pelajaran Seni Visual dan Pasukan Pancaragam dipilih sebagai bidang kebitaraan sekolah. 

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera 

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Objektif Sekolah

  • Meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PBSMR, SPM dan STPM ke arah 100% lulus.
  • Meningkatkan pencapaian tertinggi dalam PBS Tingkatan 1,2 dan 3.
  • Meningkatkan kualiti A dalam SPM.
  • Meningkatkan kualiti prinsipal A (4P) dalam STPM.
  • Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan.
  • Menyediakan iklim dan mengembangkan budaya sekolah yang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.
  • Mencapai sifar dalam masalah disiplin dan sahsiah.
  • Meningkatkan hubungan sekolah  dengan komuniti.

Falsafah & Nilai

SMK Tinggi Perempuan Melaka berpegang kepada falsafah dan nilai yang berikut: 

Sesungguhnya, kami percaya dan yakin murid–murid SMK Tinggi Perempuan Melaka berpotensi menjadi modal insan berminda kelas pertama yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Kami juga yakin semua guru berupaya mendidik murid–murid dan sentiasa mempunyai inisiatif meningkatkan profesionalisme keguruan.

Piagam Pelanggan

Dalam merealisasikan Visi Sekolah, kami guru–guru dan kakitangan SMK Tinggi Perempuan Melaka berjanji akan:

1.   Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan serta memberi peluang yang adil dan  saksama untuk semua murid.
2.   Memberi layanan yang mesra dan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan komuniti.
3.   Bersedia menerima pandangan dan teguran membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah.
4.   Menyegerakan semua tugas dengan mengambil kira perkhidmatan berkualiti diberikan kepada semua pelanggan yang berurusan.
5.   Mengamalkan sistem bestari dalam pengurusan data, tepat dan boleh diakses bila diperlukan.
6.   Membudayakan budaya penyayang dan prihatin pada murid dan warga sekolah
7.   Menjalin hubungan pintar dengan mengadakan jalinan dan jaringan dengan sekolah serta IPTA dan IPTS untuk kecemerlangan sekolah
8.   Menghargai masa dalam setiap pengurusan dengan meminimumkan masa yang diambil dalam setiap tindakan.
9.   Mengamalkan TQM (Total Quality Management).
10. Mencapai kecemerlangan dalam setiap urusan.