LAWATAN PENANDA ARAS DARI SMK TANJUNG RAMBUTAN, PERAK

TARIKH: 28 JULAI 2018 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI












DIALOG PRESTASI MURID TINGKATAN 5 DAN MAJLIS TEMU MESRA 2018

TARIKH: 20 JULAI 2018 (JUMAAT)
MASA : 9.30 PAGI













PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

TARIKH: 4 JULAI (RABU)
MASA : 11.00 PAGI


Anjuran: Unit Pentadbiran 

Dengan Kerjasama: 
Panitia Sivik & Kewarganegaraan
Panitia Pendidikan Moral
Panitia Pendidikan Islam
Panitia Pendidikan Seni
Sarana PIBG







 




BANGKEL SENI HALUS TINGKATAN 4

TARIKH: 5 JUN (SELASA)
TEMPAT : DEWAN SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA

Bengkel seni halus ini dapat memberi pendedahan baru dan lebih segar kepada pelajar dan dapat menarik minat murid dalam bidang seni halus secara individu mahupun berkumpulan.




KURSUS KEPIMPINAN EXCO DAN KETUA DORM ASRAMA TAHUN 2018

TARIKH: 27-28 APRIL (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT: SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA


Objektif  utama kursus ini diadakan adalah  untuk memberi pendedahan kepada murid dalam  mengendalikan tugas yang pelbagai. Malah, kursus ini juga diharap dapat memberi panduan dan bekalan kepada murid untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,  program ini dirancang khusus untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan , pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan murid sebagai pemimpin kecil di sekolah mahupun di asrama. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para peserta kursus untuk berkongsi pengalaman bersama fasilitator dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka.





KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-55

TARIKH: 19 APRIL (KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG

Kejohanan Olahraga merupakan satu acara tahunan sekolah di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang  boleh disertai oleh semua pelajar. Aktiviti ini  juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. Kejohanan olahraga ini mampu melahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara.



PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS TAHUN 2018



TARIKH: 12 MAC (ISNIN)
MASA : 7.40 PAGI-8.10 PAGI

PENDAHULUAN

Buku teks SPBT merupakan satu hadiah dari kerajaan khas untuk kita semua rakyat Malaysia. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada semua rakyat. Ini selaras usaha kerajaan untuk mengelakkan keciciran pembelajaran di kalangan rakyat. Selaras usaha murni kerajaan ini, kita sebagai rakyat yang taat dan setia dan sayang akan negara kita, sepatutnya menghargai pemberian ini sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi pemberian ini dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Justeru itu, pihak sekolah mengadakan kempen "Sayangi Buku Teks".