Selamat Menduduki PMR
Kepada semua calon PMR 2012, Warga SMK Tinggi Perempuan Melaka mengucapkan Selamat menduduki PMR dan semoga kejayaan milik anda.
Klik pada link dibawah untuk draf jadual waktu PMR
Jadual waktu PMR 2012
Klik pada link dibawah untuk draf jadual waktu PMR
Jadual waktu PMR 2012
Mencanting Batik
Program Mencanting Batik Peringkat Kebangsaan akan di adakan di SMK Tinggi Perempuan Melaka pada 6 Oktober 2012 (Sabtu). Selamat mencanting kepada peserta program.
Majlis Temu Mesra
Di jemput Ibubapa pelajar Tingkatan 5 (2012) untuk ke majlis Temu Mesra di ketetapan berikut:-
Tarikh : 5 Oktober 2012
Masa : 10.00 pg - 12.05 tghari
Tempat : Di kelas-kelas tingkatn 5 (Bangunan A SMKTPM)
Tarikh : 5 Oktober 2012
Masa : 10.00 pg - 12.05 tghari
Tempat : Di kelas-kelas tingkatn 5 (Bangunan A SMKTPM)
Lawatan Nik Anjam Iran
1 Oktober 2012 - Selamat Datang ke SMKTPM kepada Pengetua Sekolah Nik Anjam, Iran.
Bergambar di Bilik Mesyuarat SMKTPM |
Pertandingan Taekwando
The Tradition Taekwando Sports Centre Melaka telah menganjurkan Pertandingan 'Melaka Taekwando Poomsae (Pattern)' pada 23 Sept 2012 di SJK(C) Notre Dame. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan taekwando.
Aiman Zulaikha bt Norman (1K3) - Pingat emas acara individu dan pingat perak acara pasangan.
Nor Sakinah bt Roszaleigh (4ST2) - Pingat perak acara pasangan.
Siti Fatima bt Muhamad (1RK1) - Pingat gandsa acara individu.
Aiman Zulaikha bt Norman (1K3) - Pingat emas acara individu dan pingat perak acara pasangan.
Nor Sakinah bt Roszaleigh (4ST2) - Pingat perak acara pasangan.
Siti Fatima bt Muhamad (1RK1) - Pingat gandsa acara individu.
Pidato antara Sekolah Kluster 2012
27 Sept 2012 - Tahniah diucapkan kepada pelajar Nor Sulastri Suratmi bt Bahrom (4ST2) kerana mendapat tempat ketiga di Pertandingan Pidato antara Sekolah-Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan.
Hari Qualiti 2012
Hari Kualiti diadakan setiap tahun bagi menggalakkan semua warga SMKTPM mencapai kecemerlangan serta mneghargai kualiti kerja dan kecemerlangan yang ditunjukkan. Tahniah diucapkan kepada semua yang menerima pengiktirafan pada Hari Kualiti pada 28 Sept 2012.
.
![]() |
Antara penerima Sijil Kecemerlangan Kurikulum PMR,SPM dan Anugerah HEM |
![]() |
Penerima Anugerah Kualiti Ko-Ku, Kecekalan dan Guru Mata Pelajaran Cemerlang |
![]() |
Anugerah Agensi Luar dan suasana di dewam yang meriah |
.
Solat Hajat 2012
20 Sept 2012 - Majlis Solat Hajat bagi pelajar yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM telah selamat diadakan di Masjid Al-Azim pada malam 20 Sept 2012. Semua ibubapa dan guru-guru yang hadir mendoakan kejayaan mereka. Semoga dengan usaha dan doa kejayaan menjadi milik anda, Insyallah.
Lawatan Pengetua Pahang
Pengetua Puan Sri Norliah Adam dan rakan sejawat melihat persekitaran sekolah |
13 Sept 2012 - Selamat Datang kepada Delegasi Pengetua dari Pahang.
Hari Ko-kurikulum 2012
8 Sept 2012 - Hari Kokurikulum tahun ini di adakan serentak dengan Perasmian 10,000 Langkah dan Kempen Minum Air Kosong bagi menggalakkan Cara Hidup Sihat. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk sambutan Hari Merdeka, antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Masakan Menu Sihat, Pandingan 10,000 Langkah, Laungan Merdeka, Mencari Harta Karun Intervensi, Pertandingan Nyanyi Lagu Patriotik, Nasyid Raya, Pertandingan Solo Lagu Klasik Raya, Senamrobik dan banyak lagi.
Perlantikan Pengawas 2012/2013
3 Sept 2012 - Majlis Perlantikan Pengawas telah diadakan di Dataran Ilmu bagi melantik dan mengiktirafkan Badan Pengawas di SMKTPM. AJK Tertinggi dan Exco Badan Pengawas adalah seperti berikut.
Ketua Pengawas : Nurul Hanani bt M. Rezel - 4ST2
Pen. Ketua Pengawas I : Shharmilla A/p Saravanan -4ST2
Pen. Ketua Pengawas II: Nurul Syahiral bt Shamsul -4ST2
Setiausaha I: Fazlin bt Aripin -4ST1
Setiausaha II: Noorul Insyirah bt Shaharudin -4ST1
Bendahari 1: Nurul Ain Nadirah bt Jamaluddin -4ST1
Bendahari II: Nur Safura bt Zamri -4ST2
Tahniah diucapkan semoga dapat menjalankan tugas dengan dedikasi.
Ketua Pengawas : Nurul Hanani bt M. Rezel - 4ST2
Pen. Ketua Pengawas I : Shharmilla A/p Saravanan -4ST2
Pen. Ketua Pengawas II: Nurul Syahiral bt Shamsul -4ST2
Setiausaha I: Fazlin bt Aripin -4ST1
Setiausaha II: Noorul Insyirah bt Shaharudin -4ST1
Bendahari 1: Nurul Ain Nadirah bt Jamaluddin -4ST1
Bendahari II: Nur Safura bt Zamri -4ST2
Tahniah diucapkan semoga dapat menjalankan tugas dengan dedikasi.
Pertandingan Esei oleh China Press
Satu Pertandingan Menulis Esei diadakan oleh suratkhabar China Press dan seorang pelajar SMKTPM Lee Sock Yin (5ST1) telah memenangi hadiah saguhati bernilai RM 100. Esei beliau bertajuk 'Surat untuk nenek yang sakit' telah disiarkan pada 8 Ogos 2012 di dalam suratkhabar China Press.
Program Infaq Ramadan 2012
15 Ogos 2012 - Program Infaq Ramadan, program ini bertujuan memupuk sifat prihatin dan peka terhadap golongan yang kurang berkemampuan, menggalakkan amalan sunat seperti menghulurkan bantuan, menghayati isi kandungan Al-Quran dan mengeratkan silaturahim. Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Al-Quran. Seterusnya Ceramah oleh Imam Mohamed Sharif Mohamed Imrani (Imam dari Makkah), Ucapan Aluan Pengetua , Ucapan Perasmian oleh En Amzah Osman (YDP PIBG SMKTPM) dan diakhiri dengan Penyampaian Infaq.
Imam Mohamed Sharif menekankan pentingnya menjaga ibu-bapa. Ibu adalah syurga dan ayah adalah pintu syurga. Kejayaan kita didunia adalah dengan berkat doa dan keredhaan kedua ibu-bapa kita.
Majlis Permuafakatan Islam SMKTPM penganjur program ini mengucapkan terimakasih atas sumbanngan derma yang telah diberikan dan kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan program ini.
Imam Mohamed Sharif menekankan pentingnya menjaga ibu-bapa. Ibu adalah syurga dan ayah adalah pintu syurga. Kejayaan kita didunia adalah dengan berkat doa dan keredhaan kedua ibu-bapa kita.
Majlis Permuafakatan Islam SMKTPM penganjur program ini mengucapkan terimakasih atas sumbanngan derma yang telah diberikan dan kerjasama semua warga sekolah dalam menjayakan program ini.
Markah Percubaan PMR
Guru-guru boleh memasukkan markah percubaan PMR di laman sesawang http://saps.moe.gov.my dari 1/8/2012 hingga 30/8/2012
Infaq Ramadhan
Infaq Ramadhan akan diadakan pada 15 Ogos 2012 di Dataran Ilmu. Sesiapa yang berminat boleh membuat sumbangan melalui Pejabat SMKTPM.
Pelancaran Bulan Kemerdekaan
1 Ogos 2012 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan diadakan di Dataran Ilmu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Hidayat, ucapan perasmian oleh Pn Pengetua, Puan Sri Hajah Norliah Adam, diikuti dengan nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan koir sekolah dan gimik pelancaran oleh barisan pentadbir.
The Creative Teacher Workshop
The Creative Teacher Workshop was carried out by the English Panel on 12 July 2012. English teachers from SMK Durian Daun and SMK Tun Tijah were also invited for the workshop. A total of 16 teachers attended the workshop. Madam Daphne shared ideas on teaching English from the MELTA Conference.
EG-HRMIS
Taklimat HRMIS di Jabatan Melaka pada 16 julai 2012 dihadiri oleh Cikgu Aslina Mohamed Tan dan Pn Rashidah Maumin. Taklimat di beri Pn Sharifah dari unit HRMIS, beliau menerangkan kepentingan data individu di kemas kini. Kesahan data mempengaruhi sub-module lain seperti pesaraan, pemberian ganjaran pesaraan, rawatan di hospital dan banyak lagi. Semua warga kerja SMKTPM boleh mengemaskini maklumat HRMIS di laman sesawang seperti berikut: http://hrmisone.eghrmis.gov.my hanya melalui internet explorer. Paparan adalah seperti berikut
1M1S1Malaysia
1M1S1Malaysia diadakan serentak diseluruh Malaysia pada hari ini 10 Julai 2012. SMKTPM juga terlibat dan telah melaksanakan program tersebut pagi ini dengan jayanya. Semua warga sekolah bersama-sama terlibat dengan 1M1S1Malaysia.
NIE Workshop
An NIE Workshop was carried out by 'The Star' newspaper personnels. Students from 4ST1 and 4ST2 were involved in this workshop which was carried out on 28 June in the school library.
By: Teacher Daphne
By: Teacher Daphne
Ceramah Israk Mikraj
Pada 22 Jun 2012 berlangsung ceramah Ikrak Mikraj anjuran Unit Kerohanian bersama Panitia Agama Islam. Ceramah ini mengenai peristiwa israkdan mikraj yang membawa kepada pentingnya menunaikan solat.
Hari Koperasi 2012
Hari Koperasi SMKTPM berlansung dari 20 - 22 Jun 2012. Antara program
yang dijalankan sempena hari ini ialah perasmian Hari Koperasi, Perlantikan Pengawas Koperasi dan Baccan Ikrar, Bacaan
Perutusan Sempena Hari Koperasi, Menanam Pokok, Program Kitar Semula,
Gerai Jualan, Kuiz, Ceramah dan banyak lagi aktiviti yang diadakan.

LADAP di Kolej Komuniti
LADAP kali ini di adakan di Kolej Komuniti Kota pada 16 Jun 2012. Guru-guru dibahagikan kepada 5 kumpulan yang melakukan aktiviti-aktiviti berikut Cheese Tart, Refleksologi Tangan, Refleksologi kaki, Membuat Facial, Asas Solekan.
Baja Kompos
Ceramah mengenai pembuatan baja kompos diadakan pada 13 Jun 2012 (Rabu)
di Dataran Ilmu. Pn Siti Rohayu dari Jabatan Alam Sekitar Melaka telah
memberi ceramah yang amat menarik dan berkesan untuk pembuatan baja
kompos dari sisa makanan. Ceramah ini juga bertujuan menggalakkan warga
SMKTPM mengamalkan konsep 3R - Reduce, Reuse dan Recycle.
Choral Speaking
The Choral Speaking Competititon was held on 12 May 2012 at SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah. Our Students trained diligently but did not get a placing. However there is always next year. It was good that we carried out the choral speaking competition at school level during the Language Month in February.
By: Daphne Rosaline Henry Thomas (GC BI)
By: Daphne Rosaline Henry Thomas (GC BI)
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS
Majlis Perlantikkan Pengawas Pusat umber Sekolah telah diadakan pada 23 April 2012 (Isnin), objektif utama majlis tersebut ialah
i. Melatih tenaga pemimpin yang berwibawa dan
berketrampilan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas PSS.
ii. Menjadikan PSS sebagai satu tempat
melahirkan pemimpin pelajar yang berwibawa di samping menjadi tokoh NILAM.
iii. Mengiktiraf peranan dan tanggungjawab
pengawas PSS dalam menjalankan tugas seharian.
Bulan Sains dan Matematik
Sepanjang bulan Mac 2012 - Panitia Matematik dan Sains mengadakan pelbagai program untuk menjayakan bulan Sains dan Metematik (27 Feb - 26 Mac). Antara program yang dilaksanakan ialah kuiz matematik di kelas dan di tapak perhimpunan, pertandingan melukis alam atmosfera, Marine Scrap Book, Science Explorace, Mighty Mind Science, Physics Olympiad.
Portal Pangkalan Data Murid
Sila layari laman web http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia/index.php untuk mengemaskini pangkalan data murid. Tarikh akhir untuk mengemaskini maklumat tersebut ialah 24 Feb 2012. Harap maklum
Subscribe to:
Posts (Atom)