Pelan Integriti Negara

Kursus merangkap Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan di SMK Tinggi Perempuan pada 15 Jun 2013. Kursus ini melibatkan seramai 300 orang guru dari 4 sekolah di sekitar Melaka Tengah antaranya SMK Canossa Convent dan SK Canossa. Pelan Integriti Negara ini diserapkan agar budaya kerja guru dan juga nilai-nilai baik dapat diterapkan dikalangan anak didik.


Pertandingan Abstrak

Pada 15 Jun 2013 telah diadakan Pertandingan Lukisan Abstrak anjuran Unit Kluster Seni SMK Tinggi Perempuan Melaka. Pertandingan ini dibuka kepada pelajar-pelajar dari sekitar Melaka. Seramai 7 sekolah telah menghantar wakil untuk pertandingan tersebut.

Mesyuarat Agung Koperasi

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Tinggi Perempuan Melaka 2013 telah diadakan pada 14 Jun 2013. Mesyuarat Agung Koperasi telah diadakan setiap tahun bagi mengagihkan keuntungan tahunan dan membincangkan perancangan perbelanjaan dan AJK yang terlibat bagi tahun berikutnya. Tahnaih diucapkan atas keuntungan yang menggalakkan.


Inovasi Yo

Pada 13 Jun 2013 telah diadakan Program Inovasi Yo, suatu program anjuran MOSTI, KPM, GARANG dan beberapa angensi swasta yang lain. Ia menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, kritis dan menggalakkan berinovasi. Inovasi adalah menjadikan bahan yang sedia ada lebih baik dan mempunyai lebih kegunaan.
             Antara idea pelajar yang akan dibawa keperingkat pertandingan ialah selipar tandas yang berfungsi sebagai alas kaki di tandas, berus, mempunyai sistem simpanan cecair pencuci. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat secara aktif dan proaktif.


Israk dan Mikraj

Ceramah Israk dan Mikraj telah diadakan pada 17 Jun 2013 bagi mengingkatkan semua akan peristiwa penting dalam kalender Islam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Penceramah kali ini ialah Ustaz Mohd Najib bin Khamis,  Pensyarah di MMU. Antara intipati ceramah beliau ialah 6 perkara perlu ada pada seseorang yang mencari ilmu 1. Cerdik (mencari peluang belajar), 2. Kesungguhan, 3. Kemahuan, 4. Usaha untuk mencari ilmu, 5. Berbaik dengan guru atau orang yang cerdik pandai 6. Masa.



Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Selamat  menduduki peperiksaan STPM Penggal 2 kepada semua pelajar tingkatan 6. Peperiksaan STPM Penggal 2 bermula dari 20 -23 Mei 2013.

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 akan bermula esok 3 Mei 2013 sehingga 23 Mei 2013. Esok pelajar Tingkatan 4 dan 5 akan menduduki kertas Sejarah Kertas 3. Sila rujuk kertas edaran untuk jadual peperiksaan. Selamat menjawab.

Mesyuarat Agung PIBG

Mesyuarat Agung PIBG SMKTPM telah diadakan dengan jayanya pada 22  Mac 2013.

Kejohanan Boling Tenpin

Pada 11 April 2013 bertempat di Ampang Superbowl Mahkota Parade telah diadakan Kejohanan Boling Tenpin MSSM tahun 2013. SMKTPM telah mengambil bahagian dengan pencapaian yang cemerlang.
Pelajar Nur Amira bt Zainudin (4TV1) dan Aina Shazwani Zaimi (4TV1) telah mewakili sekolah dengan pencapain yang cemerlang dan antara pencapaian mereka tahun ini ialah.
1. Johan Acara Bergu Perempuan 18 tahun ke bawah.
2. Naib Johan Acara Individu Perempuan 18 tahun ke bawah
3. Naib Johan Acara Master Perempuan 18 tahun ke bawah.
Tahniah diucapkan.


Perlawanan Hoki

Tahniah diucapkan kepada pasukan hoki sekolah  atas kejayaan sebagai Johan Kawasan Bukit Cina 2013. Perlawanan Hoki MSS Kawasan Bukit Cina telah berlansung pada 19 - 20 April yang lalu.

Kejohanan Bola Baling

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola baling SMKTPM, yang berjaya menjadi Johan Kawasan Bukit Cina 2013. Pertandigan bola baling yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka telah berlangsung pada 16 - 17 April 2013.

Pelancaran Guru Penyayang

Pelancaran Guru Penyayang telah dirasmikan oleh Puan Sri Hajah Norliah Adam, Pengetua SMKTPM pada 8 April 2013.

Pertandingan Badminton

Kejohanan Badminton Kawasan Bukit Cina telah di adakan pada 18 - 21 Mac 2013 dan tahniah diucapkan kepada Nur Arissa bt Bahrin kerana mendapat Naib Johan Bawah 15 Tahun dan Aiman Zulaikha Bt Nokman -Tempat Ketiga bawah 15 Tahun.

Kejohanan Hoki

Kejohanan Hoki Piala Pengetua SMK Durian Tunggal telah diadakan pada 1 dan 2 Februari 2013, bertempat di padang SMK Durian Tunggal. SMKTPM telah berjaya mendapat tempat ke 4 buat pertama kali sepanjang kejohanan ini dianjurkan. Tahniah diucapkan.
Pada 1 Feb 2013, Miss Wong Fok Yin diraikan dalam majlis yang sederhana tetapi meriah sempena pesaraan beliau. Beliau telah berkhidmat selama 17 tahun di SMK TInggi Perempuan Melaka dan 35 tahun sebagai guru. Terimakasih dan  jasa tetap dikenang.


Penyampaian BR1M



25 Jan 2013 - Pada Hari Jumaat telah diadakan majlis penyampaian BRIM oleh Datuk Gan Tian Loo kepada semua pelajar Tingkatan 1 SMKTPM. Ucapan terimakasih yang tidak terhingga.







Perasmian Bulan Bahasa, PSS dan NIlam

28 Jan 2013, Isnin - Perasmian Bulan Bahasa, Bulan Pusat Sumber Sekolah dan Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah disempurnakan oleh Pengetua SMKTPM Pn Sri Hajah Norliah Adam dengan jayanya. 

Beliau ingin pelajar menjadikan amalan membaca dan cintakan bahasa serta buku sebagai amalan hidup. Majlis diakhiri dengan bacaan sajak oleh Ainul Fasiha 5ST2.

Taklimat PBS 2013

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah diberi kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 2 oleh Puan Rubaiya binti Abu Nawas pada 18 Jan 2013. Pelajar dimaklumkan tentang pentingnya melaksanakan PBS tersebut dengan telus dan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan PBS.

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Jumaat 2 Jan 2013- Sambutan Maulidur Rasul hari ini dihayati dengan ceramah oleh Ustaz Zahari B. Awang. Semoga intipati ceramah tersebut menjadi amalan para pelajar.