SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Friday, December 30, 2011

Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2012

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2012 telah diadakan pada 30 Disember 2012 (Jumaat) bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Majlis yang bertempat di Dewan SMKTPM ini dirasmikan oleh Pengetua SMKTPM, Puan Sri Norliah Binti Adam. 

Semasa menyampaikan ucapan beliau, tuan Pengetua mengucapkan selamat datang ke SMK Tinggi Perempuan Melaka dan tahniah kerana terpilih sebagai pelajar sekolah ini. Beliau mengingatkan para pelajar Tingkatan 1 agar terus berusaha mempertingkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tanpa meminggirkan kecemerlangan sahsiah dan peribadi.

Majlis turut diisi dengan penyampaian taklimat mengenai suntikan HPV oleh Dr. Nor Azura Binti Abu dari Klinik Kesihatan Tengkera, Melaka kepada ibu bapa dan pelajar. taklimat ini bertujuan memberikan kefahaman yang jelas kepada ibu bapa tentang kepentingan suntikan ini kepada anak-anak mereka memandangkan penyakit kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi yang dihidapi oleh wanita di negara ini. Kemudian, ibu bapa diberikan borang kebenaran mendapatkan suntikan untuk diisi menandakan persetujuan mereka.

Tamat majlis di dewan, ibu bapa mendaftar di kelas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk menjelaskan yuran, menyemak dan menghantar butiran diri kepada guru tingkatan serta mendapatkan barang keperluan asrama bagi memudahkan urusan ibu bapa.

Pihak sekolah mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan tingkatan 1 di sekolah ini dan semoga berjaya.

Thursday, December 29, 2011

Pada 29 Disember 2012 (Khamis) Mesyuarat Guru Bil.1 Tahun 2012 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Tinggi Perempuan Melaka. Mesyuarat ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Kemudian disambung dengan Taklimat Guru Tingkatan oleh GPK HEM SMKTPM berkenaan dengan tugas-tugas Guru Tingkatan sepanjang tahun 2012.

Pihak pentadbir berharap para guru menerima tanggungjawab yang diberikan dengan sepenuh hati dan dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya. Semoga tahun 2012 ini kita sama-sama menggembleng tenaga dalam usaha mempertingkatkan pencapaian sekolah kita sekaligus mencapai sasaran Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Sunday, November 13, 2011

Sunday, October 30, 2011

MAJLIS PENGIKTIRAFAN NILAM TAHUN 2011




Pelajar yang mendapat pengiktirafan tertinggi mengikut tingkatan ialah:
  • Tingkatan 1 : Fauziah Bt Khairul (1k2)
  • Tingkatan 2 : Nur Zafirah Bt Hamdan (2RK3)
  • Tingkatan 3 : Mastura Bt Kasturi (3K1)
  • Tingkatan 4 : Nur Sariyah Bt Muhamad Rosli (4ST1)
Tahniah diucapkan kepada pelajar berkenaan.

Sunday, October 16, 2011

Bengkel Pemasangan & Penyelenggaraan Komputer


Panitia Teknologi Maklumat dengan kerjasama Kolej Komuniti Bukit Beruang, telah mengadakan Bengkel Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer pada 15 dan 16 Oktober 2011. Bengkel yang berjalan selama 2 hari ini bertempat di Makmal Komputer SMKTPM pada hari Sabtu manakala pada hari Ahad bertempat di Pusat Akses SMKTPM.


Pelajar yang terlibat ialah 17 orang pelajar Tingkatan 4TV1 yang mengambil subjek Teknologi Maklumat. Guru yang hadir pada bengkel tersebut ialah:
  • Pn. Sanalni Bt Che Ismail (Ketua Panitia Teknologi Maklumat)
  • Pn. Aslina Bt Mohamed Tan
  • Pn. Farrah Waheda Bt Hassan dan
  • Cik Noraini Bt Mahbob



Panitia Teknologi Maklumat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Bukit Beruang kerana memberi kerjasama dalam menjayakan bengkel ini, terutamanya kepada fasilitator bengkel iaitu En. Azizan dan pembantunya, Cik Azmira.

Semoga para pelajar mendapat ilmu dan kemahiran yang berguna dan memanfaatkannya pada masa akan datang.

Thursday, September 29, 2011

Solat Hajat 2011M/1432H

Program Solat Hajat dan bacaan yaasin PMR, SPM dan STPM tahun ini julung-julung kalinya diadakan di MAsjid Al-Azim dengan menggabungkan semua calon-calon PMR, SPM dan STPM. Majlis diadakan pada 22 Sept 2011 bermula dari 6 ptg hingga 9 mlm. Kehadiran ibu amat membanggakan serta kerjasama setiap guru dan ajk masjid amat baik dalam menjayakan majlis ini. Solat Hajat diketuai oleh Imam Datuk Haji Mohammad bin Hashim Al Hafiz (Imam Besar Masjid Al-Azim Melaka). Semoga kejayaan milik semua.


Dilaporkan oleh : Ustazah Nor Marliyana Yunos

Setiausaha Program




Monday, September 26, 2011

Merdeka !!!


Semangat Kemerdekaan yang membara

Hari Sukan 2011



Suasana hari sukan yang meriah.

Wednesday, September 7, 2011

Majlis Persaraan Pn. Doris Tan & En. Hasmukharay



Majlis Persaraan Pn. Doris Tan Choo Neo & En. Hasmukharay A/L Chotalal telah diadakan pada 7 September 2011 bertempat di Dataran Ilmu SMKTPM. Majlis yang bermula pada pukul 7.30 pagi ini dimulakan dengan jamuan makan dua orang guru yang diraikan bersama pentadbir sekolah di Bilik Selasih.

Persaraan dua orang guru yang dikasihi ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga SMKTPM kerana kedua-dua guru ini telah berkhidmat dalam tempoh yang lama di sekolah ini.

Pn. Doris Tan telah berkhidmat di SMKTPM selama 20 tahun bermula pada tahun 1991 hingga 2011. Beliau merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional dan menyandang jawatan ini sejak tahun 1998. Beliau dilahirkan pada 1 September 1953 di Melaka. Beliau telah memberikan sumbangan sebagai pendidik selama 36 tahun. Pesanan beliau kepada para pelajar SMKTPM, "...follow your heart, if you want to do it, just do it. Be happy and contented and life is worth living...niat mesti baik dan betul, jangan ada niat jahat..".

En. Hasmukharay telah memulakan kerjaya beliau sebagai guru bermula pada 1 Januari 1977. Beliau yang dilahirkan pada 6 September 1953 telah berkhidmat di SMTPM selama 19 tahun bermula pada tahun 1992 hingga 2011.

Warga SMKTPM mengucapkan selamat bersara dan melalui kehidupan yang bahagia.

Thursday, May 5, 2011

Kejohanan Padang dan Balapan

Kejohanan Padang dan Balapan Peringkat Zon Bukit Cina telah diadakan pada 6-7 April 2011. Antara kejayaan yang dibawa pulang ialah:-

1. 200 m P18 - Izzaty Syahirah Ibrahim (Johan)
2. L. Cakera P15 - Norasyikin Rashid (Johan)
3. L. Cakera P18 - Nurul Syazwani Khazali (Naib Johan)
4. Lompat Jauh P18 - Izzaty Syahirah Ibrahim (Ke-3)
5. 1500m P18 - Mufidah Shafiqah Mihat (ke-3)
6. 3000m Jalan Kaki P15 - Nadhrah Azrun (ke-3)
7. 3000m Terbuka - Mufidah Shafiqah Mihat (ke-4)

Tahniah kepada semua

Majlis TLQ

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2011/14323 (Peringkat Zon Bukit Cina) telah diadakan di SMK Tinggi Melaka pada 29 Mac 2011. Di peringkat Zon Bukit Cina beberapa orang pelajar SMK Tinggi Perempuan telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kategori berikut:-
Tilawah AL-Quran : Nor Azalina bt Azman (Johan)
Syarahan : Firzana Amira bt Johari (Ketiga)
Hafazan : Nurul Aini Abdul KArim (Ketiga)

Sementara Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri telah diadakan di SMKA Sharifah Rodziah pada 14 April 2011. Majlis dirasmikan oleh Pn Hjh Julinah Hj Leman (diwakili oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Dr Mohamad Nor b. Mohamad Taib). Wakil sekolah adik Nur Azalina bt Azman mendapat hadiah saguhati.

Tahniah diucapkan kepada semua.

Kutipan Tsunami

Satu tabung bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi Jepun telah dilancarkan. Kutipan sebanyak RM 3,500 telah diserahkan kepasa wakil akbar News Straits Times Berhad pada 6 April 2011 di Dataran Ilmu SMKTPM. Diharap dengan menderma dapat diterapkan perasaan simpati dan empati di kalangan pelajar supaya lebih mengahargai nikmat yang ada dan sanggup berkongsi suka duka sesama manusia. Tahniah dan terimakasih kepada semua dermawan.

Monday, April 18, 2011

Kejohanan Bola Jaring

5 April 2011- Kejohanan Bola Jaring Kawasan Bukit Cina telah berjaya diadakan. pasukan Bola Jaring SMK Tinggi Perempuan telah berjaya menjadi JOHAN bawah 15thn dan juga 18Thn. Sementara penjaring terbanyak kejohanan di menangi oleh Zulaikha.

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemain dan juga Pn. Husna selaku jurulatih.

Pertandingan Bola Baling

Pertandingan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Bukit Cina telah diadakan pada 11 April 2011 di SMK Tun Tijah. Pasukan Bola Baling SMK Tinggi Perempuan telah melangkah dengan jayanya pusingan awal. Pada peringkat separuh akhir SMKTPM telah berjaya menewaskan SMK Canosa Convent 11-0, seterusnya menjaadi JOHAN Kawasan Bukit Cina dengan menewaskan SMK(T) Bukit Piatu 4-3.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain Bola Baling sekolah dan juga guru-guru yang terlibat (En. Nazari, Pn. Hasnah dan Pn. Shimatun Hashima)

Wednesday, April 13, 2011

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah berjaya di adakan pada 13 April 2011 di dewan SMK Tinggi Perempuan. Encik Ahmad bin Yusop, pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia telah dijemput sebagai penceramah. Taklimat PBS ini dianggap LADAP selama 3 jam dan guru-guru yang menghadiri taklimat telah faham akan tanggungjawab dan peranan serta cara perlaksanaan PBS mengikut subjek masing-masing.


Saturday, April 2, 2011

Mesyuarat Agong PIBG ke 39

Mesyuarat Agong PIBG ke 39 kali ini berlansung serentak dengan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang. Mesyuarat dirasmikan oleh Datuk Prof Madya Dr. Abu Bakar Md Diah. Mesyaurat kali ini berjalan dengan lancar dan diadakan juga pemilihan AJK baru sesi 2011-2013.

Senarai Pelajar Cemerlang SPM 2010
Der Yi Shan (9A+, 1A)
Sian Wee Wair (8A+, 2A)
Soew Wen Xin (6A+, 2A, 2A-)
Mardiah Liyana bt Rosziman (5A+,3A,2A-)
Nur Adnin bt Abdul Razak (4A+,3A,3A-)
Nur Syafinaz bt Rosli (4A+,2A,4A-)
Nawal bt Salim (2A+,3A,4A-)
Nur Hidayah bt Mohamad (1A+,7A,2A-)
Lim Chiew Ping (1A+,4A,5A-)

Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang SPM dan PMR, begitu juga dengan AJK PIBG yang baru dilantik.

Friday, April 1, 2011

Program Anak Angkat 1 Malaysia

Program Anak Angkat 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Datin Hjh. Norliah Adam, Pengtua SMK Tinggi Perempuan Melaka. Program ini bertujuan memupuk semangat perasaan kekeluargaan seerta ambil berat tentang akademik dan masalah lain yang dihadapi oleh calon PMR, SPM dan STPM. Program telah dilancarkan dan akan terus dilaksanakan sehingga Disember 2011.

Monday, February 21, 2011

Program NILAM 2011

'Create


Majlis Pelancaran Program NILAM (NAdi Ilmu Amalan Membaca) telah diadakan pada 21 Februari 2011 (Isnin). Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 8.40 pagi.


Objektif majlis ini diadakan ialah:



  • meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan murid selaras dengan slogan " Budaya Membaca, Budaya SMK Tinggi Perempuan Melaka "

  • melahirkan lebih ramai yang berjaya mencapai tahap NILAM dan menjadi RAKAN PEMBACA.

  • mengenalpasti dan melahirkan tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

  • menampilkan murid yang menampilkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.

  • mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang bersesuaian untuk pembacaan di kawasan sekolah iaitu perpustakaan di mana-mana.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, Datin Hjh. Norliah bt Adam. Majlis turut memberikan hadiah dan sijil kepada Erma Adila bt Ismail selaku pembaca terbanyak tahun 2010. Kemudian, majlis diserikan dengan persembahan daripada dua orang Pengawas Pusat Sumber Sumber Sekolah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.



Pengacara majlis, En. Nazari bin Alias


Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Salleh bin Johari


Ucapan perasmian daripada Tuan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka


Barisan guru-guru SMK Tinggi Perempuan


Upacara perasmian program NILAM 2011


Penyampaian buku sumbangan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka


Penyampaian anugerah pembaca terbanyak - Erma Adila bt Ismail


Persembahan pengawas PSS - ulasan buku dalam bahasa Melayu oleh Farah Izzati dari 5ST3


Persembahan ulasan buku dalam bahasa Inggeris oleh Muna Najihah dari 4ST1


NILAM - NADI ILMU AMALAN MEMBACA

Saturday, February 19, 2011

PAMERAN HARI KESEDARAN BENCANA 2011

Pada 17 hingga 18 Februari 2011 (Khamis dan Jumaat), SMK Tinggi Perempuan telah menyertai Pameran Majlis Hari Kesedaran Bencana 2011 dan Pelancaran Kempen "One Million Safe Schools and Hospitals" dan "Making Cities Resilient - My City is Getting Ready" di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan majlis penutup program-program ini pada 19 Februari 2011di MITC. Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia turut menghadiri majlis penutupan tersebut.

Program-program tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).














Larian Merentas Desa

'Create

Program Larian Merentas Desa telah dijalankan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bermula pada jam 7.10 pagi hingga 10.30 pagi.

Objektif program ini diadakan ialah :
  • melaksanakan program tahunan yang terdapat dalam takwim sekolah.
  • memupuk semangat kesukanan dan aktiviti hidup sihat dalam kalangan warga SMKTPM.
  • memperkembangkan potensi setiap warga SMKTPM berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
  • memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif.

Program ini bermula dengan taklimat dan penerangan peraturan larian merentas desa kepada

para pelajar diikuti dengan senamrobik (Irama Korea), larian merentas desa dan kemudiannya

penyampaian hadiah kepada para pemenang.




Friday, February 18, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu, SMKTPM pada 18 Februari 2011 (Jumaat).

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Rasullulah S.A.W, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan mengingati baginda akan menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih kepada baginda serta mengenang dan menghargai dan mengambil ikhtibar kisah suka duka perjuangan baginda.

Sambutan ini dimurnikan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan terjemahan oleh dua orang pelajar SMKTPM. Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid dan selawat ke atas Naabi S.A.W oleh semua pelajar dan guru. Ustaz Mohd Salleh bin Johari menyampaikan ceramah beliau mengenai sambutan Maulidur Rasul dan cara kehidupan Islam yang patut diterapkan dalam kehidupan umat Islam.

Terdapat beberapa soalan kuiz yang diajukan oleh Ustaz Mohd salleh dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat diberikan hadiah. Semoga kehadiran Maulidur Rasul ini akan lebih menyemarakkan lagi ingatan kita terhadap Rasullullah yang tercinta. Marilah kita sama-sama memartabatkan syiar Islam dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.