Larian Merentas Desa

'Create

Program Larian Merentas Desa telah dijalankan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bermula pada jam 7.10 pagi hingga 10.30 pagi.

Objektif program ini diadakan ialah :
  • melaksanakan program tahunan yang terdapat dalam takwim sekolah.
  • memupuk semangat kesukanan dan aktiviti hidup sihat dalam kalangan warga SMKTPM.
  • memperkembangkan potensi setiap warga SMKTPM berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
  • memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif.

Program ini bermula dengan taklimat dan penerangan peraturan larian merentas desa kepada

para pelajar diikuti dengan senamrobik (Irama Korea), larian merentas desa dan kemudiannya

penyampaian hadiah kepada para pemenang.




Sambutan Maulidur Rasul

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu, SMKTPM pada 18 Februari 2011 (Jumaat).

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Rasullulah S.A.W, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan mengingati baginda akan menambahkan lagi perasaan cinta dan kasih kepada baginda serta mengenang dan menghargai dan mengambil ikhtibar kisah suka duka perjuangan baginda.

Sambutan ini dimurnikan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan terjemahan oleh dua orang pelajar SMKTPM. Kemudian majlis diteruskan dengan nyanyian nasyid dan selawat ke atas Naabi S.A.W oleh semua pelajar dan guru. Ustaz Mohd Salleh bin Johari menyampaikan ceramah beliau mengenai sambutan Maulidur Rasul dan cara kehidupan Islam yang patut diterapkan dalam kehidupan umat Islam.

Terdapat beberapa soalan kuiz yang diajukan oleh Ustaz Mohd salleh dan pelajar yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat diberikan hadiah. Semoga kehadiran Maulidur Rasul ini akan lebih menyemarakkan lagi ingatan kita terhadap Rasullullah yang tercinta. Marilah kita sama-sama memartabatkan syiar Islam dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.