KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-55

TARIKH: 19 APRIL (KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG

Kejohanan Olahraga merupakan satu acara tahunan sekolah di sekolah menengah malahan merupakan sukan yang  boleh disertai oleh semua pelajar. Aktiviti ini  juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan semasa hayat mereka di bangku persekolahan. Kejohanan olahraga ini mampu melahirkan pelajar yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mampu serta sanggup memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara.



PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS TAHUN 2018



TARIKH: 12 MAC (ISNIN)
MASA : 7.40 PAGI-8.10 PAGI

PENDAHULUAN

Buku teks SPBT merupakan satu hadiah dari kerajaan khas untuk kita semua rakyat Malaysia. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan memberi keselesaan kepada semua rakyat. Ini selaras usaha kerajaan untuk mengelakkan keciciran pembelajaran di kalangan rakyat. Selaras usaha murni kerajaan ini, kita sebagai rakyat yang taat dan setia dan sayang akan negara kita, sepatutnya menghargai pemberian ini sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi pemberian ini dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Justeru itu, pihak sekolah mengadakan kempen "Sayangi Buku Teks".