KURSUS KEPIMPINAN EXCO DAN KETUA DORM ASRAMA TAHUN 2018

TARIKH: 27-28 APRIL (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT: SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA


Objektif  utama kursus ini diadakan adalah  untuk memberi pendedahan kepada murid dalam  mengendalikan tugas yang pelbagai. Malah, kursus ini juga diharap dapat memberi panduan dan bekalan kepada murid untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian,  program ini dirancang khusus untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan , pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan murid sebagai pemimpin kecil di sekolah mahupun di asrama. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para peserta kursus untuk berkongsi pengalaman bersama fasilitator dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka.