Majlis Persaraan Pn. Doris Tan & En. Hasmukharay



Majlis Persaraan Pn. Doris Tan Choo Neo & En. Hasmukharay A/L Chotalal telah diadakan pada 7 September 2011 bertempat di Dataran Ilmu SMKTPM. Majlis yang bermula pada pukul 7.30 pagi ini dimulakan dengan jamuan makan dua orang guru yang diraikan bersama pentadbir sekolah di Bilik Selasih.

Persaraan dua orang guru yang dikasihi ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga SMKTPM kerana kedua-dua guru ini telah berkhidmat dalam tempoh yang lama di sekolah ini.

Pn. Doris Tan telah berkhidmat di SMKTPM selama 20 tahun bermula pada tahun 1991 hingga 2011. Beliau merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional dan menyandang jawatan ini sejak tahun 1998. Beliau dilahirkan pada 1 September 1953 di Melaka. Beliau telah memberikan sumbangan sebagai pendidik selama 36 tahun. Pesanan beliau kepada para pelajar SMKTPM, "...follow your heart, if you want to do it, just do it. Be happy and contented and life is worth living...niat mesti baik dan betul, jangan ada niat jahat..".

En. Hasmukharay telah memulakan kerjaya beliau sebagai guru bermula pada 1 Januari 1977. Beliau yang dilahirkan pada 6 September 1953 telah berkhidmat di SMTPM selama 19 tahun bermula pada tahun 1992 hingga 2011.

Warga SMKTPM mengucapkan selamat bersara dan melalui kehidupan yang bahagia.