SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Monday, January 9, 2017

SENAMROBIK "RIANG RIA SMKTPM SIHAT"

Pada 9 Januari 2017 (Isnin), Unit Kokurikulum & Sukan telah menjalankan aktiviti Senamrobik "Riang Ria SMKTPM Sihat". Aktiviti amalan gaya hidup sihat ini diadakan bertempat di Dataran Pahlawan bermula pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi.

 



Matlamat Senamrobik "Riang Ria SMKTPM Sihat" ialah melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat serta membudayakan senaman sebagai amalan rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid termasuk warga sekolah tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.

Guru-guru SMKTPM bersenam dengan penuh ceria.

Puan Pengetua bersama-sama pelajar SMKTPM





No comments:

Post a Comment