BULETIN NUR ROHANI - EDISI KHAS RAMADAN

Edisi 6 - Malam Lailatul Qadar


Daripada sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud " Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadan". Ada juga hadis yang menyatakan bahawa Lailatul Qadar jatuh pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan. Oleh itu, kita handaklah mencari, memburu malam tersebut dengan beribadah yakni qiamullail, bersyukur dan berdoa dengan penuh keikhlasan, pengharapan dan rasa kehambaan terhadap Allah s.w.t.

Apakah tanda-tanda malam Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar mempunyai beberapa tanda yang baik, secara langsung, antaranya:
  1. Sinar cahaya yang sangat terang berbanding dengan malam-malam sebeleumnya.
  2. "Toma'ninah iaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman, berbeza dengan malam-malam ssebelumnya.
  3. Angin pada malam itu tidak berhembus kuat/kencang. Anginnya tenang dan nyaman, tidak sejuk dan tidak panas.
  4. Kenikmatan beribadah dapat dirasakan oleh seseorang lebih daripada malam-malam lain.

Tanda-tanda selepas berlakunya malam Lailatul Qadar

Matahari terbit dalam keadaan tidak silau dan tidak tersebar sinarnya, berbeza dengan hari-hari biasa.

Fadhilat Malam Lailatul Qadar

  1. Malam inilah Al-Quran diturunkan, menurut Ibnu Abbas, Allah menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Bait al-'Izzah di langit dunia. Kemudian Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasullullah s.a.w selama 23 tahun. Firman Allah surah al-Qadr ayat 1.
  2. Disifatkan lebih baik daripada seribu bulan, firman Allah surah al-Qadr ayat 3.
  3. Malam yang berkat, firman Allah surah al-Dukhan ayat 3.
  4. Turunnya para malaikat dengan izin Allah, selamat dan sejahtera sehingga terbit fajar, diceritakan dalam firman Allah surah al-Qadr surah 5 ayat 4.
"Marilah kita bersama-sama memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan ini untuk memburu malam Lailatul Qadar , malam yang sangat istimewa, malam yang penuh berkat. Allah memakbulkan doa/hajat, Allah mengampunkan dosa, serta banyak lagi kelebihan yang Allah anugerahkan kepada hamba-Nya yang bertuah kerana kita tidak pasti adakah kita akan dapat bertemu Ramadan tahun hadapan atau tidak. Wallahualam. Unit Pendidikan Islam