Iftar Jama'ie 1431 Hijrah



Program Iftar Jama'ie bersama dengan Jabatan Pendidikan Melaka. Kali ini Hajah Julia b. Haji Leman Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka serta empat pegawai lain iaitu Pn. Rosinah bt. Jantan (Unit Pra Sekolah), Pn. Kamsiah bt. Talib (Unit Sains Sosial), Pn. Rahimah bt. Fakir Mohd ( Unit Teknik Vokasional) dan Ustazah Shamsiah bt. Mahmod (Unit Pendidikan Islam) telah hadir untuk bersama dengan , pentadbir, warden asrama, guru-guru panitia Pendidikan Islam, guru-guru berserta pelajar asrama dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Program dimulakan dengan tahlil dan tazkirah oleh Ustazah Shamsiah di surau sekolah dan kemudian bergerak ke dewan makan asrama untuk berbuka bersama. Selesai berbuka, semua hadirin solat maghrib dan kemudian mendengar amanat dari yang berbahagia timbalan pengarah. Solat Isyak dan solat tarawikh dan acara di surau diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Sesungguhnya program Iftar Jama'ie ini merupakan program tahunan jabatan pelajaran Melaka dengan sekolah-sekolah berasrama di negeri Melaka dengan pegawai dari jabatan bergilir-gilir turun untuk bersama pelajar asrama. Objektifnya ialah supaya dapat mengukuhkan ukhuwah islamiyah yang memang sudah sedia terjalin antara Jabatan Pelajaran dengan warga asrama juaga sebagai memberi semangat kepada semua warga asrama supaya dapat menjalankan ibadah puasa di asrama dengan sabar.