Karnival Ko-Kurikulum

30-31 Julai 2010 - Karnival Kokurikulum dan Sambutan 50 Tahun SMK Tinggi Perempuan Melaka telah disambut dengan meriah dan jayanya. Semua ibubapa, bekas pelajar dan pelajar dari sekolah di sekitar Melaka Tengah telah dijemput untuk bersama memeriahkan karnival kokurikulum kali ini.
Majlis dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Azailiza Bt Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara.Beliau juga merupakan bekas pelajar SMK Tinggi Perempuan Melaka dari tahun 1974-1978. Majlis dimulakan dengan tabik hormat dan pemeriksaan barisan unit uniform sekolah diketuai oleh Cik Nor Marhaini Md Said dan diiringi oleh Pancaragam Sekolah.
Majlis di dewan dimulakan dengan sambutan irama gamelan seterusnya, ucapan perasmian Karnival Kokurikulum dan pelancaran Alumni SMKTPM. Karnival Koku diserikan dengan persembahan teater, pertunjukan fesyen, jualan gerai, rumah hantu, istana takeshi, pertandingan catur, kawad kaki, permainan tradisional, senamrobik dan kuiz 50 tahun SMKTPM.