Pertandingan Kebersihan & Landskap Melaka Maju





18 April 2010, SMK Tinggi Perempuan Melaka sekali mencipta sejarah apabila terpilih sebagai wakil Daerah Melaka Tengah kategori sekolah menengah bagi Pertandingan Kebersihan dan Landskap sempena Melaka Maju 2010. Yang berusaha Datin Hajah Norliah binti Adam, pengetua telah menerima sijil dan sebuah plak peringkat pra penilaian daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Ali Mohd Rostam, Ketua Menteri Melaka yang diadakan dalam satu majlis di Dewan Bendahara, Seri Negeri Melaka. Kemenangan ini memberikan suntikan motivasi kepada semua warga sekolah untuk sama-sama menjaga kebersihan, keceriaan dan suasana harmoni di sekolah. Jawatankuasa 3K dan Kelab Alam Sekitar sentiasa mengatur dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memastikan seluruh warga sekolah menyahut seruan kerajaan negeri menjadikan sekolah ini sentiasa ceria. Menjadi harapan semua warga sekolah agar, SMK Tinggi Perempuan akan sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria, kondusif dan meningkat maju dalam semua aspek.