Majlis 4 Dalam Satu Asrama SMKTPM






25 September 2010 (Sabtu)Pihak pengurusan asrama telah melaksanakan empat majlis iaitu Hari Terbuka Asrama, Majlis Pelantikan Pengawas Asrama, Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan Jamuan Akhir Tahun untuk penghuni-penghuni asrama. Majlis tersebut berobjektifkan memberikan peluang kepada masyarakat luar khususnya ibu bapa mengetahui suasana kehidupan di asrama di samping mengeratkan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar. Hari Terbuka Asrama julung-julung kali diadakan tetapi mendapat sambutan di luar jangkaan daripada para ibu bapa. Lebih kurang 300 orang ibu bapa/penjaga serta sanak-saudara penghuni asrama hadir pada hari tersebut. Satu perkara yang sangat bermakna ialah kesudian Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerjaraya dan Kemudahan Awam menghadiri majlis tersebut seterusnya merasmikan majlis tersebut. Yang Berhormat Datuk Gan Tian Loo juga sudi menyampaikan watikah pelantikan pengawas asrama sesi 2010/11 dan sijil penghargaan kepada pengawas asrama sesi 2009/10. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan daripada pelajar-pelajar asrama. Pertandingan Dorm tercantik, serta pakaian anggun turut diadakan. Dorm B2 telah memenangi kategori Dorm paling bersih dan cantik. 4 buah dorm lain yang turut memenangi pertandingan ialah Dorm F1,C1,D1 dan E2.