SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Thursday, September 30, 2010

Perlawanan Persahabatan Kelab Staff SMKTPM Vs SMKBK





29 Sepetember 2010 (Rabu) Kelab Staff SMK Tinggi Perempuan Melaka telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Staff SMK Bukit Katil. Staff yang terdiri daripada para guru dan kakitangan sokongan daripada kedua-dua buah sekolah telah menyertai dua acara yang dipertandingkan. Matlamat perlawanan persahabatan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara guru serta staff bagi kedua-dua buah sekolah. Selain itu, Kelab Staff kedua-dua buah sekolah juga menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat. Acara-acara yang dipertandingkan bagi guru dan staff wanita ialah permainan bola jaring manakala bagi guru dan staff lelaki diadakan pertandingan badminton. Pertandingan telah berlangsung di SMK Tinggi Perempuan Melaka. pada jam 4.30 petang. Perlawanan bagi kedua-dua permainan berjalan lancar dengan penuh kemeriahan serta semangat kesukanan yang tinggi. Pemain-pemain telah mempamerkan kemahiran yang tinggi dalam kedua-dua permainan. Dalam pertandingan bola jaring kedua-dua pasukan mendapat seri dengan kutipan mata 7 bagi kedua-dua pasukan. Begitu juga dengan permainan badminton keputusan seri diperoleh kedua-dua pasukan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, semoga pada tahun akan datang pelbagai acara lagi akan diadakan untuk merapatkan hubungan antara guru dan staff di negeri Melaka.

No comments:

Post a Comment