Majlis Solat Hajat PMR 2010






3o Sepetember 2010
Alhamdulillah Majlis Solat Hajat PMR yang diatur dan dilaksanakan berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Majlis bermula jam 6.00 petang dengan kehadiran ibu bapa dan para penjaga yang sama-sama memanjatkan doa agar pelajar-pelajar Tingkatan 3/2010 mendapat kemudahan-Nya semasa menjawab soalan-soalan bagi semua mata pelajaran PMR yang akan bermula pada 5 Oktober 2010 (Selasa). Dewan SMKTPM dipenuhi dengan hadirin yang begitu khusyuk mendoakan anak-anak ini. Kerjasama ini memperlihatkan bahawa objektif majlis ini tercapai sebagaimana yang disasarkan. Semoga dengan adanya, usaha ini akan memberikan ketenangan kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMKTPM dalam menduduki peperiksaan PMR. Harapan pihak sekolah, semoga pencapaian 100% bagi semua mata pelajaran dikekalkan dan peratus pelajar yang mendapat "straight A's terus bertambah. Kepada Semua pelajar Tingkatan 3 selamat berjuang, semoga berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.