SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Friday, February 11, 2011

HAPPY HOUR WITH ADMINISTRATOR 2011

Pada 11 Februari 2011 (Jumaat) telah diadakan program HAPPY HOUR WITH ADMINISTRATOR 2011. Majlis ini bermula pada pukul 3.00 dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Matlamat program ini diadakan ialah untuk membentuk suatu langkah untuk memantapkan jati diri, kekuatan mental dan emosi guru-guru baru dan guru-guru pelatih praktikum, di samping dapat mengadakan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi guru-guru berkenaan di dalam kelas masing-masing selepas program.

Objektif program ini ialah :
  • meningkatkan kesedaran diri akan tanggungjawab dan peranan bagi seseorang guru.
  • memupuk semangat kekitaan di samping boleh menyemai perasaan kasih-sayang dan menjalin hubungan erat di antara pihak pentadbir dan guru-guru.
  • membina dan menyemarakkan motivasi, jati diri dan kekuatan mental para guru.
  • meningkatkan dan memantapkan pengisian kerohanian dan sahsiah diri para guru.
  • memantapkan pengurusan P&P dalam kalangan guru-guru baru dan guru-guru pelatih.


Pengerusi Majlis, Pn. Noor Affiza Bt Noor Rosdy


Guru-guru tekun mendengar ceramah daripada Tuan Pengetua SMKTPM

Datin Hjh. Norliah menyampaikan ceramah berkaitan Etika Kerja Perguruan

Para hadirin dijamu dengan minum petang yang dimasak sendiri oleh guru-guru baru dan guru pelatih. Selepas Ceramah 2 (Pengurusan P&P dalam Kelas) yang disampaikan oleh PK Pentadbiran SMKTPM, Pn. Noor Laila bt Hamzah, diskusi pengalaman guru bersama pentadbir telah diadakan.

Majlis tamat pada jam 5.30 petang. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.


No comments:

Post a Comment