SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Monday, February 14, 2011

MAJLIS PENUTUPAN BULAN BAHASA

Majlis Penutupan Bulan Bahasa 2011 telah diadakan pada 14 Februari 2011 (Isnin) bertempat di Dataran Ilmu SMKTPM. Majlis Penutupan Bulan Bahasa telah ditutup oleh Datin Hjh. Norliah bt Adam, Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Pada majlis ini telah diadakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertanding sepanjang bulan bahasa dilancarkan. Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pelajar tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan pelajar antaranya bercerita, lakonan dan tarian Soran Bushi.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Bulan Bahasa pada tahun ini.

Ucapan daripada Tuan Pengetua SMKTPM



Penyampaian hadiah kepada para pemenang






Persembahan bercerita

Persembahan nyanyian daripada pelajar bahasa Cina






Sebahagian guru SMK Tinggi Perempuan

Persembahan lakonan daripada pelajar Tingkatan 5ST3




No comments:

Post a Comment