Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011

Apabila pelajar melangkah kaki ke Tingkatan 1, ia merupakan titik permulaan kehidupan pelajar di alam sekolah menengah. Maka pihak sekolah memikirkan amat penting diadakan satu Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 pada sesi 2011 sepertimana yang telah dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011 telah diadakan bermula pada 3 Januari hingga 7 Januari 2011. Program yang berjalan selama lima hari ini diadakan bertujuan mendedahkan pelajar kepada suasana, persekitara dan budaya di SMTPM, memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar berkaitan undang-udang dan peraturan sekolah, mendedahkan pelajar kepada pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah serta menanam rasa cinta dan sayang akan sekolah dalam kalangan pelajar.

Pn. Noor Laila, Guru Penolong Kanan 1 SMKTPM sedang menyampaikan taklimat kepada para pelajar

Para pelajar sedang tekun mendengar taklimat

Para pelajar mencatat isi penting taklimat


Pihak sekolah mengharapkan pelajar baru ini dapat memanfaatkan segala kemudahan yang terdapat di sekolah ini sekaligus berusaha menjadi pelajar yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar SMKTPM kerana "Kejayaan anda adalah kebanggaan kami".

Selamat Maju Jaya.