Gotong-Royong Membersihkan Kelas dan Bilik Khas Sempena Hari Pembukaan Awal Persekolahan

Pada 22 Januari 2011 (Sabtu) telah diadakan Gotong-Royong Membersihkan Kelas dan Bilik Khas Sempena Hari Pembukaan Awal Persekolahan. Gotong-Royong ini bermula pada jam 11.30 pagi hingga 2.40 petang.

Setiap pelajar dikehendaki membersihkan dan menceriakan kelas masing-masing bersama guru tingkatan dan guru pembantu.

Semua pengawas Pusat Sumber Sekolah bergotong-royong di PSS untuk menyusun dan menceriakan serta mengemaskini PSS.

Gotong-royong ini berjalan dengan lancar. Terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan gotong-royong pada kali ini.