SMK Tinggi Perempuan Melaka - Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sunday, January 2, 2011

MAJLIS PENDAFTARAN ASRAMA

Pendaftaran pelajar yang terpilih untuk tinggal di Asrama SMKTPM telah diadakan pada 2 Januari 2011 (Ahad). Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMK Tinggi Perempuan Melaka, Datin Hjh. Norliah Bt. Adam. Turut hadir Guru Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Noor Laila bt. Hamzah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Pn. Hjh. Rubaiya Bt. Abu Nawas, Ketua Warden Asrama, Cik Chua Poh Huay serta JK Pengurusan Asrama.

Majlis pada pagi ini dipenuhi dengan sesi taklimat dan pengagihan kamar kepada pelajar yang telah berjaya mendapat tempat di asrama pada tahun ini. Menjelang tengah hari, semua urusan telah dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya.

Pengetua SMKTPM, Datin Hjh. Norliah Adam menyampaikan taklimat

Penyampaian taklimat daripada Pn. Hjh. Rubaiya Abu Nawas, Guru Penolong Kanan HEM SMKTPM

Antara Jawatankuasa Asrama yang hadir

Ibu bapa dan para pelajar sedang mendengar taklimat

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada para pelajar yang telah terpilih dan sekalung penghargaan kepada para guru yang dapat mengelolakan majlis ini dengan lancar.



No comments:

Post a Comment